Rabu, 27 September 2023

CREAM PUFF INTI KASTARD

Assalamualaikum sahabat-sahabat…sihat? Alhamdulillah…santai-santai petang ni. Hari ni sis nak share resepi cream puff  custard filling. Sis memang suka custard filling berbanding inti yg lain. Memang favourite anak-anak dan juga kawan-kawan anak-anak…hehe. Nanti leh la cuba buat…inshaAllah, menjadi

RESEPI CREAM PUFF CUSTARD FILLING

BAHAN-BAHAN CREAM PUFF:
200 gram mentega
500 ml air
250 gram tepung gandum
1 sudu teh gula halus
5 biji telur

CUSTARD FILLING:
200 ml susu segar
4 sudu besar gula halus
1 biji telur
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
1 sudu mentega

CARA-CARA:
1. Panaskan air bersama mentega dan gula sehingga mendidih. Setelah mendidih, masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati dan tudak melekat. Tutup api dan biarkan sehingga suam.
2. Bila dah agak-agak suam, boleh la masukkan telur dan mix sampai sebati.
3 Masukkan nozel yang sesuai untuk cream puff dan paipkan atas dulang yang dialas dengan baking paper.
4. Spray adunan tadi (untuk jadikan cream puff lembut).
5. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 10-15 minit menggunakan api atas bawah 200 darjah celcius selama 30 minit atau warna sedikit coklat.

CARA BUAT CUSTARD FILLING:
1. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga adunan pekat dan mendidih.
2 Tutup api dan masukkan mentega-kacau sebati.

CARA MASUKKAN FILLING:
1. Gunting sesikit cream puff dan paipkan filling..siap! Boleh tabur dusting powder jika suka..


SELAMAT MENCUBA..

Isnin, 25 September 2023

PUDING TUTTI FRUITY

 Assalamualaikum semua..semoga semuanya dalam keadaan baik. Lama menyepi dari berkarya di sini. Alhamdulillah hari ini sis kembali. So hari ni sis nak share resepi puding tutti fruity..so yummy. Kalau makan sejuk-sejuk ni memang panas kalau musim-musim panas. Resepi dan cara buatnye pun mudah...kalau anak-anak ada jamuan atau sis ada potluck di tempat kerja dan tak de idea sangat, boleh cuba ni

RESEPI PUDING TUTTI FRUITY (20-23 BEKAS)

BAHAN-BAHAN:

*10 gram serbuk agar-agar warna clear (kalau ada berwarna pun boleh je)

*1 tin susu cair (apa-apa jenama kesukaan)

*1 tin susu pekat

*1 tin susu segar (guna je tin susu pekat)

*3 tin air (guna tin susu pekat yang sama)

*2 sudu tepung kastard

*1 sudu teh creamy vanilla (esen vanilla pun takpe, kalau creamy vanilla ni bau dia lagi sedap)

Kiwi, blueberry, mango dan strawberry filling (boleh beli di kedai bahan kek)


CARA MEMASAK:

1. Campurkan semua bahan yang bertanda * ke dalam periuk. Kacau-kacau manja agar serbuk agar-agar dan tepung kastard tadi sebati dan tidak berketul.

2. Kemudian, masak bancuhan tadi atas dapur menggunakan api sederhana hingga mendidih. Sambil itu, boleh la dikacau-kacau agar tak berketul. Dah mendidih tu, boleh la matikan api dan biarkan sejuk.

3. Sambil menunggu adunan puding tadi sejuk, boleh la lorekkan bekas puding dengan filling pilihan tadi. Macam ni haaa…

4. Kemudian bila adunan dah sejuk, tuang adunan ke dalam bekas tersebut. Siap! Mudah kan? Simpan dalam peti dan boleh dimakan bila dah sejuk.