Hari ni sis nak share cara buat roti jala yang menjadi kegemaran sis sekeluarga. Resepi ni juga sis guna sebagai sumber pendapatan sampingan dan selalu mendapat permintaan daripada sahabat-sahabat yang selalu support bisnes kecil sis. Bagi yang teringin sangat nak cuba buat...boleh guna resepi ni. InshaAllah menjadi...ni bukan resepi PJJ ye. Semoga bermanfaat...
ROTI JALA PANDAN
BAHAN-BAHAN:
500g tepung gandum
2 1/2 cawan air
3 sudu besar minyak
3 sudu besar susu segar
1 biji telur
1 sudu teh pewarna hijau
1 sudu teh garam
1/2 cawan pati air pandan
(3 helai daun pandan dikisar bersama 1/2 cawan air)
CARA-CARA:
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan kacau sebati.
2. Masukkan ke dalam blender dan blend sambil perhatikan lubang pusaran.
3. Pastikan lubang pusaran hanya sebesar lidi dan sekiranya lubang pusaran besar, tambah tepung gandum sedikit demi sedikit.
4. Masukkan adunan ke dalam botol acuan roti jala dan boleh la menjala atas kuali non stick.
5. Lipat dan gulung roti jala yang telah masak.
6. Buat sehingga habis dan boleh dihidang bersama sos kastard pandan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan