Hari ini sis nak share resepi cistat gebuss gebass. Sis dah lama guna resepi ni tuk bisnes secara kecil-kecilan. Resepi ni sis telah olah mengikut kesesuaian iaitu dari segi kemanisan sis yang tak berapa suka makanan yang terlalu manis. Selamat mencuba...
RESEPI CHEESE TART GEBUSSS GEBASSS
BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KULIT TAT:
250 gram mentega
480 gram tepung gandum
60 gram gula kastor
20 gram susu tepung
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur
2 sudu besar air sejuk dari peti
CARA-CARA MEMBUATNYA:
1. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang - guna senduk kayu sahaja.
2. Bila sudah kembang, masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati.
3. Masukkan esen vanilla dan air sejuk. Kacau sehingga sekata.
4. Kemudian, masukkan susu tepung dan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga
habis. Uli doh sehingga sekata dan tidak terlalu lembik.
5. Sediakan acuan tat bersaiz 4.5cm atau 5cm. Isi doh ke dalam acuan dan ratakan. Buang
lebihan doh menggunakan pisau.
6. Bila sudah siap, cucuk adunan dengan menggunakan garpu. Bakar pada suhu 170 C
selama 30 minit atau hingga keperangan (bergantung kepada oven masing-masing)
dengan menggunakan api atas bawah.
7. Kulit tat yang sudah masak perlu direhatkan sehingga sejuk. Lebih elok jika dibiarkan
semalaman dan baru digunakan.
BAHAN-BAHAN UNTUK KRIM KEJU:
500 gram krim keju
90 gram gula aising
30 gram mentega
Sedikit esen vanilla
1 biji telur yang dipukul
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Pukul krim keju, gula aising, mentega dan esen vanilla sehingga sebati.
2. Masukkan 3 sudu besar telur yang telah dipukul dan kacau sebati sehingga menjadi
adunan yang tidak terlalu cair dan juga tidak terlalu pekat.
3. Seterusnya, masukkan filling yang dikehendaki ke dalam kulit tat yang telah sejuk.
4. Paipkan krim keju ke dalam kulit tat. Seterusnya, boleh la dihias mengikut kreativiti masing-
masing.
5. Bakar dalam oven menggunakan api atas bawah dengan suhu 150 C sahaja selama 30
minit (bergantung kepada suhu oven masing-masing).
Kalau tak boleh nak bayangkan camane cara nak buat...boleh la tengok video di bawah. Selamat mencuba dan semoga berjaya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan